Tuesday, March 8, 2011

i love this article *from miaamyra's blog

Antara manusia , malaikat & syaitan





Manusia : Eh, dah subuh dah?
Malaikat : Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .....
Syaitan : Alahhhhhh, kejaplah. Ngantuk ini.. Awal lagi nie..

Manusia : Nak makan, laparlah..
Malaikat : Wahai anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan : Ahh, tak payahlah...! Dah lapar ni !! Emmm, sedapnyaa!!

Manusia : Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat : Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan : Ehh, panaslah! Takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia : Alamak, dah lewat!
Malaikat : Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan : Ahhh! Awal lagi? Emmm.. Aaaahh? Suruh si fulan,
punchkanlah?

Manusia : Azan sudah kedengaran...
Malaikat : Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan..
Syaitan : Baru pukul berapa.. Rilex lah, awal lagi ni..

Manusia : Eh, eh... tak boleh tengok ini! Berdosa...!
Malaikat : Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganm. Sesungguhnya
Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui!
Syaitan : Perggghh...!! Best tu... Rugi wooo kalau tak tengok nie..

Manusia : Saudaraku sedang melakukan dosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan : Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang.. Lantaklahh!!

Manusia : Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain.
Malaikat : Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan : Sendiri fikirlah! Semua dah besar.. Buat apa susahkan diri..?
Pandai² lah?

Manusia : Aku telah berdosa..
Malaikat : Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu.. Sesungguhnya Allah
Maha Pengampun..
Syaitan : Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat...!
Lagipun muda hanya sekali.. Rugila!! (kalau sempatla..)

Manusia : Kalau pergi, mesti seronok!
Malaika : Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang
dimurkai Allah! Berpalinglah dari jalan itu...
Syaitan : Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu... Jomlahhh!!

Manusia : Uuhhh, letihnya harini.. Tak solat lagi nih!
Malaikat : Wahai anak Adam, taatilah Allah dan Rasul-NYA, kebahagiaan
di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan : Hey anak Adam, ikutilah aku! Kebahagiaan di dunia (sahaja)
dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda: Patutkah aku biarkan artikel ini untuk pengetahuan aku
seorang..?
2. Malaikat: Ingatkanlah pada kawan² yang anda kenal..
(majukan artikel ini)
3. Syaitan: Tak payahlah sebuk²..!! Biarkan...


*Majukan atau Tandakan peringatan ini kepada rakan atau orang yang anda tidak akan lupai. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

No comments:

Post a Comment